Banjir: KM Nasihatkan Orang Ramai Sentiasa Waspada

IMG_20220101_180414.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada memandangkan cuaca buruk yang menyebabkan banjir di lima daerah di Sabah hari ini.

Beliau berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri telah mengaktifkan 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah terjejas.

Setakat 1 tengah hari ini, 1,161 mangsa daripada 399 keluarga telah dipindahkan ke PPS di Telupid (3 PPS), Kota Marudu (7 PPS), Paitan (2 PPS), Beluran (1 PPS) dan Sandakan (1 PPS).

“Pasukan keselamatan telah diarah turun ke kawasan terjejas selain diletakkan bersiap sedia di kawasan berisiko tinggi bagi membantu mangsa.

“Bantuan makanan kecemasan juga sedang disediakan untuk diagihkan kepada mangsa banjir secepat mungkin oleh agensi berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ketua Menteri memberi jaminan bahawa pada masa ini, keselamatan rakyat adalah keutamaan Kerajaan.

“Justeru, saya menggesa semua orang mengambil langkah berjaga-jaga tambahan. Kerajaan Negeri juga akan memastikan semua agensi di seluruh negeri bersedia untuk bertindak apabila perlu,” katanya.

Pada 29 Dis lepas, Hajiji telah mengarahkan semua jawatankuasa pengurusan bencana di Sabah untuk diaktifkan bagi menjangkakan cuaca buruk di pantai timur dan bahagian utara negeri ini seperti yang diramalkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Ketua Menteri berkata, beliau akan menghadiri mesyuarat khas Pasukan Petugas Pengurusan Bencana Banjir Monsun Timur Laut secara maya yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob esok (Isnin).

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top