Banjir Kilat Landa Kota Kinabalu, Penampang

banjir-kk.jpg

Keadaan jalan raya yang dinaiki air.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Hujan lebat sejak jam 3 petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di sekitar pusat bandar raya dan Penampang dilanda banjir kilat.

Antara lokasi yang terjejas adalah di Jalan Kilang Kolombong, Manggatal, Tebobon dan Jalan Bantayan Minintod.

Mengikut laporan Angkatan Pertahanan Awam (APM), keadaan laluan keluar di Jalan Kolombong Lorong Kurma 3, kini tidak boleh dilalui oleh kenderaan kecil selepas paras air meningkat melebihi 0.3 meter.

Selain itu, keadaan Jalan Bantayan Minintod juga turut terjejas selepas sebatang pokok tumbang dan menghempap sebuah kereta Perodua Axia.

Menurut laporan, terdapat empat individu berada di dalam kereta, namun semua mangsa dilaporkan selamat selepas pasukan bomba membantu memotong dan seterusnya mengalihkan pokok berkenaan.

Sementara itu, bagi daerah Penampang, beberapa lokasi dilaporkan terjejas banjir antaranya Jalan Dato Panglima Banting, Pekan Donggongon, Kampung Kolopis, Penampang Proper, Kampung Maang, Bulatan Sigar.

Bagaimanapun, setakat lewat malam tadi paras air masih berada dalam keadaan terkawal dan boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Sementara, di Kampung Sugud keadaan paras air dilaporkan semakin meningkat dan kini hanya boleh dilalui kenderaan besar.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Kinabalu, Kapten (PA) Mohd Hazle Shah Abd Hamid berkata, pasukan APM Kota Kinabalu sudah membuat pemantauan di kawasan ‘hotspot’ sekitar Kota Kinabalu.

“Pemantauan dijalankan di sekitar kawasan Kolombong, Manggatal, Jalan Tuaran, Likas Industrial dan beberapa kawasan lain.

“Pasukan APM Kota Kinabalu kini giat membuat pemantauan ekoran cuaca yang masih hujan,” katanya. -HMetro

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top