KOTA KINABAU: Keadaan banjir di Sabah semakin buruk sehingga jam 8 malam tadi berikutan peningkatan jumlah mangsa yang meningkat kepada 1,010 orang daripada 325 keluarga berbanding 522 orang daripada 154 keluarga pada petang semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan 10 kampung masing-masing di Beaufort dan Membakut terjejas, dengan jumlah mangsa yang dipindahkan terus meningkat.
Menurut kenyataan itu di Beaufort, 780 orang daripada 249 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Selagon dan Dewan Dun Banir, manakala di Membakut, 230 orang daripada 76 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Kesenian Islam Membakut yang dibuka pada Sabtu.