Banjir Di Sabah Bertambah Buruk, 2435 Mangsa Dipindahkan

banjir-sabah-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seramai 2,435 orang mangsa banjir di negeri ini ditempatkan di 23 pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan banjir di beberapa daerah kian memburuk.

Setakat jam 9 pagi, 874 keluarga di enam daerah terjejas akibat banjir di Kota Marudu, Paitan, Beluaran, Telupid, Sandakan dan Pitas.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata, bilangan terbabit terus meningkat berbanding 1,826 mangsa membabitkan 599 keluarga setakat tengah malam tadi.

“Kota Marudu kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi pagi ini dengan seramai 1,952 orang daripada 779 keluarga ditempatkan di 12 PPS.

“Sandakan daerah kedua paling ramai merekodkan mangsa banjir iaitu 197 orang membabitkan 42 keluarga manakala seramai 97 penduduk terjejas banjir daripada 23 keluarga di Paitan.

“Beberapa daerah lain yang turut mencatatkan mangsa banjir ialah Pitas (79 mangsa, 22 keluarga), Telupid (51 mangsa, lapan keluarga) dan Beluran (38 mangsa, 10 keluarga),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

APM Sabah turut menasihatkan orang awam khususnya yang tinggal di kawasan rendah atau berhampiran sungai untuk berwaspada dan peka dengan keadaan cuaca ketika ini berikutan tidak menentu.

 

Sumber: BHarian

Kredit foto: FB RELA Negeri Sabah


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top