Banjir Di Sabah: 3365 Dari 1331 Keluarga Masih Di PPS

banjir-kota-marudu-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini tidak banyak berubah dengan 3,385 mangsa banjir daripada 1,329 keluarga direkodkan pagi ini berbanding 3,365 orang daripada 1,331 keluarga, malam tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa banjir ditempatkan di 30 PPS di enam daerah terjejas banjir terletak di utara dan pantai timur di negeri itu.

Daerah Kota Marudu kekal mangsa banjir paling ramai dipindahkan dengan 2,668 mangsa daripada 1,120 keluarga di 14 PPS, diikuti Pitas (319 mangsa, 120 keluarga, 4 PPS), Telupid (216 mangsa, 49 keluarga, 7 PPS), Sandakan (45 mangsa, 7 keluarga, 1 PPS), Beluran (38 mangsa, 10 keluarga, 1 PPS), dan daerah kecil Paitan (99 mangsa, 23 keluarga, 3 PPS).

Tinjauan udara Bernama di Kota Marudu hari ini mendapati banjir di beberapa kawasan telah mula surut dan cuaca cerah. – BERNAMA


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top