Banjir Di Kota Marudu, 236 Orang Dipindahkan

banjir-kota-marudu.jpg

Setakat jam 8 pagi ini jumlah mangsa banjir di Sabah menurun 1,664 orang daripada 651 keluarga di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS). (Gambar fail).

Kongsi Bersama

KOTA MARUDU: Jumlah mangsa banjir di daerah ini meningkat kepada 236 orang setakat jam 8.45 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Daerah Kota Marudu, Rayner Saimon berkata, semua mangsa terbabit dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan.

“Mangsa banjir dipindahkan bertambah ketika ini dari 73 orang kepada 236 orang melibatkan 64 ketua isi rumah.

“Semua mangsa terbabit dari Kampung Beliajung apabila kampung berkenaan dinaiki air berikutan hujan berterusan sejak awal pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat

Sinar Harian pada petang Jumaat melaporkan dua PPS di daerah ini dibuka selepas diisytiharkan banjir gelombang kedua berlaku.

Sebanyak enam kampung terjejas, bagaimanapun mangsa yang dipindahkan ketika ini hanya melibatkan penduduk dari Kampung Beliajung. – SINAR

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top