Banjir: 61,001 Mangsa Dipindahkan Ke 451 PPS Di Lapan Negeri

mangsa-banjir.jpg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Seramai 61,001 jumlah mangsa banjir setakat pukul 7.00 petang terdiri daripada 16,700 keluarga kini berada di 451 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan negeri, iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Kuala Lumpur, lapor Utusan Online.

Kata laporan itu, menurut info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam aplikasi dalam talian, jumlah mangsa banjir tertinggi adalah seramai 31,846 daripada 8,458 keluarga dari negeri Pahang dipindahkan ke 259 PPS di dalam negeri tersebut.

“Negeri Selangor mencatatkan jumlah mangsa banjir kedua tertinggi dengan seramai 23,297 mangsa terdiri daripada 6,605 keluarga yang sudah dipindahkan ke 133 PPS di negeri tersebut.

“Negeri Kelantan pula mencatatkan seramai 3,660 mangsa banjir terdiri daripada 1,108 keluarga. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah seramai 534 mangsa daripada 150 keluarga.

“Seramai 679 mangsa dari 149 keluarga telah dicatatkan di negeri Melaka dan Negeri Sembilan, seramai 254 mangsa dari 51 keluarga. Manakala, negeri Perak dan Terengganu mencatatkan seramai 270 mangsa dari 75 keluarga dan 63 mangsa dari 13 keluarga,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top