Banjir: 3310 Mangsa Masih Berada di 30 PPS

info-bencana.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sehingga jam 8 pagi ini, seramai 3,310 mangsa masih berada di 30 PPS yang disediakan di enam daerah yang terjejas akibat banjir, demikian menurut maklumat yang dipaparkan oleh Jabatan Penerangan Sabah.

Daerah-daerah yang terlibat ialah Kota Marudu, Sandakan, Beluran, Pitas, Telupid dan Daerah Kecil Paitan.

Kota Marudu, yang paling teruk terjejas, menyaksikan sejumlah 2,653 orang dari 1,113 keluarga masih berada di 13 buah PPS. Di Pitas pula 296 mangsa dari 123 keluarga yang ditempatkan di 4 buah PPS.

 

Sumber: FB Jabatan Penerangan Sabah

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top