Banjir: 30 Rumah Terjejas Di Kg Long Pasia

long-pasia-banjir.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sebanyak 30 buah rumah di Kampung Long Pasia, dekat Sipitang dilanda banjir kilat semalam ekoran hujan lebat di kawasan berkenaan sejak petang kelmarin.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan hujan yang bermula kira-kira pukul 2 petang Sabtu dan berterusan hingga pagi semalam menyebabkan Sungai Long Pasia melimpah ke kawasan kampung.

“Kenaikan paras air Sungai Long Pasia juga disebabkan oleh pertembungan air banjir dari Sungai Padas di Tenom,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memberitahu tiada pusat pemindahan sementara dibuka manakala Jalan Long Pasia-Meligan hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda.

“Penghantaran bantuan bakul makanan kepada penduduk terjejas akan dilakukan esok dengan menggunakan pacuan empat roda,” menurut kenyataan itu.

Kampung Long Pasia yang mempunyai kira-kira 700 penduduk terletak di kawasan tanah tinggi Malingan pada ketinggian 1,000 meter dari aras laut dan sekitar 300 kilometer dari barat daya Kota Kinabalu.

— BERNAMA


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top