Bangkai Ikan Paus Ditemukan Terdampar Di Pulau Mantanani

Paus-KB.jpg

KOTA BELUD: Bangkai seekor ikan paus sepanjang lebih tujuh meter ditemui terdampar di pesisir pantai Pulau Mantanani di sini, pagi semalam.

Haiwan mamalia itu dipercayai daripada jenis paus Baleen atau paus Minke berdasarkan kepada saiznya yang lebih kecil.

Difahamkan, ikan paus berkenaan ditemui kira-kira jam 10 pagi oleh penduduk kampung yang memaklumkan kepada sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) di pulau berkenaan.

Seorang jurulatih selaman yang hanya mahu dikenali sebagai Ady, 30, berkata, mereka diminta untuk melupuskan bangkai haiwan itu selepas ditemui terdampar di pesisir pantai berkenaan.

Katanya, selepas bangkai ikan itu ditemui, kami maklumkan kepada sebuah NGO di sini, namun mereka meminta kami melupuskan bangkai berkenaan.

Saya bekerja sebagai jurulatih penyelam di pulau ini sejak enam tahun lalu dan penemuan ikan paus ini bukan kali pertama berlaku.

Dulu pun pernah juga ikan paus terdampar di Pulau Mantanani Kecil tetapi sudah lama berlaku,” katanya ketika dihubungi.

Penemuan bangkai ikan paus berkenaan kecoh selepas beberapa gambar haiwan berkenaan tular di media sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top