Banduan, tahanan reman didakwa anggotai Geng Upik

geng-upik.jpg

Kredit foto: Sinar Harian

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Dua lagi individu yang dikaitkan dengan apa yang disifatkan sebagai kartel dadah terbesar di Sabah didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, semalam.

Norsyafilah Pawawoi, 28, dan Zulkahar Dusing, 29, kedua-duanya dikatakan anggota kumpulan jenayah terancang Geng Upik, didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Norsyafilah didakwa menjadi ahli Geng Upik antara 2015 dan 28 Julai 2016 dan manakala Zulhakar, antara 2021 dan 3 Mei tahun lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh, yang tidak diwakili.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun.

Norsyafilah kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun sejak 2018 atas kesalahan mengedar dadah, manakala Zulhakar menjalani tahanan reman di Tawau.

Timbalan Pendakwa Raya Lina Hanini Ismail memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan kes dan penyerahan dokumen serta pengurusan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim kemudiannya menetapkan 22 Mac ini untuk sebutan seterusnya.

Pada 22 Januari lalu, seramai 11 individu iaitu Rahman Burijin, 44; Jaisalfian Jaineh @ Zaini, 45,; Mohd Fauzie Rablin, 33; Shahlan Shah Abdul Samad, 37; Datuk Maslan Sani, 41; Nelson Yen Yee Chung, 46; Mohd Faridzul Asmahadi, 31; Fazrul Bahar, 32; Alkan Abraham, 35; Mazlan Mahmud, 41; dan Mahathir Jibarail, 49.

Pada 25 Disember lalu, polis menahan ahli perniagaan bergelar datuk yang mendalangi sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah menerusi siri serbuan yang dilakukan polis Bukit Aman.

Lelaki itu turut menaungi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi melindungi kegiatan haram sejak 2015.

Sindiket berkenaan juga dikesan melakukan pengubahan wang haram melalui pelbagai perniagaan mewah yang dijalankan ahli sindiketnya termasuk syarikat minyak dan gas serta rangkaian restoran.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top