BAJET 2022: Sabah, Sarawak Terima Peningkatan RM1 Bilion Berbanding Tahun Lalu

bajet1.jpg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Sabah dan Sarawak masing-masing menerima peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM5.2 bilion dan RM4.6 bilion menerusi Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Peruntukan itu meningkat RM1 bilion berbanding belanjawan tahun lalu yang menyaksikan kedua-dua negeri berkenaan menerima RM5.1 bilion dan RM4.5 bilion.

“Peruntukan ini antaranya adalah untuk melaksanakan projek infrastruktur air, elektrik dan jalan raya serta kemudahan pendidikan dan kesihatan,” katanya semasa pembentangan belanjawan peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan akan menambah 20 lagi perkhidmatan bank bergerak yang dijangka beroperasi di 250 kawasan dan mukim di luar bandar kedua-dua negeri itu.

Hal itu selepas perkhidmatan berkenaan yang dimulakan di Sungai Asap, Belaga, Sarawak turut diperluaskan ke Sabah atas usaha Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa, baru-baru ini.

“Usaha bank bergerak yang dimulakan di Sarawak mendapat sambutan memberangsangkan. Penduduk luar bandar datang beramai-ramai untuk menggunakan perkhidmatan bank bergerak yang disediakan Bank Simpanan Nasional (BSN),” katanya. – Utusan Malaysia


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top