Bagaimana Malaysia Berhutang RM67 Bilion Kepada Waris Sultan Sulu

kiram.jpg
Kongsi Bersama

Malaysia sedang tergesa-gesa berusaha untuk melindungi asetnya ketika keturunan sultan terakhir wilayah terpencil Filipina, Sulu ingin menguatkuasakan anugerah timbang tara sebanyak AS$15 bilion (RM67 bilion) dalam pertikaian berhubung perjanjian tanah era penjajah.

Pada tahun 1878, dua penjajah Eropah menandatangani perjanjian dengan sultan Sulu untuk penggunan tanah baginda di sebahagian wilayah yang hari ini dikenali sebagai Malaysia – perjanjian yang dipegang sehingga 2013 – membayar waris sultan itu kira-kira $1,000 (kira-kira RM5,000) setahun.

Kini, 144 tahun kemudian selepas perjanjian asal, Malaysia menjadi tumpuan berhubung anugerah timbang tara kedua terbesar dalam rekod kerana menghentikan pembayaran selepas pencerobohan berdarah oleh penyokong waris Sultan Mohammed Jamalul Alam yang mengakibatkan lebih 50 orang terbunuh.

“Ia adalah kes yang menarik dan luar biasa,” kata peguam Paul Cohen, ketua peguam bela bagi waris sultan dari firma guaman Britain 4-5 Gray’s Inn Square.

Selama bertahun-tahun, Malaysia menolak tuntutan itu tetapi pada Julai, dua anak syarikat firma tenaga negara, Petronas yang berpangkalan di Luxembourg dilayangkan notis rampasan untuk menguatkuasakan anugerah yang dimenangi oleh waris sultan itu pada Februari.

Keputusan timbang tara di Perancis itu adalah susulan perbicaraan selama lapan tahun oleh waris berkenaan dan dana $20 juta yang dikumpul untuk mereka daripada pelabur pihak ketiga yang tidak dikenali, menurut wawancara dengan tokoh utama dalam kes ini dan dokumen undang-undang yang dilihat oleh Reuters.

Baca seterusnya di Malaysiakini

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top