Baddrol Tinggalkan Sabah FC, Bakal Bertanding Di PRN?

badroll.jpg

Badroll Bakhtiar

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Adakah benar bekas pemain Kedah dan Sabah, Baddrol Bakhtiar bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan?.

Desas desus itu ketika ini bertiup kencang di media sosial susulan pengumuman Sabah FC semalam yang mengumumkan pengunduran Baddrol daripada skuad Badak atas sebab yang akan diumumkan kemudian.

Begitupun, tidak dipastikan sama ada khabar angin itu benar dan Baddrol sendiri masih belum mengumumkan hala tujunya selepas ini.

Malah, persoalan turut berlegar dikalangan peminat parti politik mana yang akan disertai pemain kelahiran Kedah itu jika benar dia menyertai PRN kali ini.

Terdahulu, menerusi satu kenyataan Sabah FC, memaklumkan bahawa Baddrol akan meninggalkan peranannya sebagai ketua pasukan dan tidak lagi bersama pasukan sepanjang baki saingan Liga Malaysia musim ini.

“Keputusan ini diambil melalui persetujuan bersama Baddrol Bakhtiar, atas sebab yang akan diumumkan dalam masa terdekat,” kata kenyataan itu.

Penyerang berumur 35 tahun yang juga bekas pemain kebangsaan itu menyertai Sabah FC sejak akhir 2021 selepas meninggalkan Kedah Darul Aman FC.

Baddrol dijangka tampil kali terakhir pada perlawanan menentang Sri Pahang FC di Stadium Likas, malam ini.

 

Sumber: HMetro

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top