KOTA KINABALU: Badan Bahasa dan Sastera Sabah menyerahkan beberapa naskhah antologi puisi Keluarga Malaysia kepada Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin dalam satu majlis ringkas di sini semalam.
Penyerahan dibuat oleh presidennya, Datuk Jasni Matlani, manakala Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya Sabah diwakili oleh Setiausaha Akhbarnya, Jaafar Abdul Wahid.
Menurut Jasni antologi puisi Keluarga Malaysia terbitan Iris Publishing & Distriubutors itu memuatkan 104 buah puisi yang dihasilkan oleh beberapa para pemimpin negeri dan juga beberapa beberapa penulis tempatan sebagai satu apresiasi bagi berkongsi suara hati, inspirasi serta pemikiran mereka dalam menterjemahkan slogan “Keluarga Malaysia” yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Jasni berkata Bung adalah antara pemimpin di negeri ini yang bukan sahaja menyumbang dana kewangan untuk membiayai penerbitan antologi itu, tetapi turut menyumbang sebuah puisi dalam antologi tersebut.
Katanya, penyerahan beberapa naskhah antalogi ini adalah sebagai rasa penghargaan dan terima kasih Badan Bahasa dan Sastera Sabah terhadap sumbangan beliau.