Azmin Rehat Seketika

azmin-2.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, mengumumkan berehat seketika dari arena politik.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) itu menerusi ciapan di laman Twitter miliknya, berkata, beliau perlu membuat perancangan baharu.

“Kepada semua rakyat Malaysia. Ini adalah rehat seketika dalam kerjaya saya untuk berkhidmat kepada rakyat bagi memikirkan perancangan baharu.

“Namun begitu, tekad saya untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat tidak akan putus,” katanya.

Sebelum ini, Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan mencalonkan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya menang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang perlu diadakan sebelum Jun tahun ini.

Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya PN Selangor, Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanafi dipetik berkata, peluang sentiasa terbuka kepada bekas Menteri Besar Selangor itu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa untuk kembali memimpin negeri ini.

Dr Zulkafperi dilapor berkata, PN juga yakin ke arah itu berdasarkan pengalaman Azmin.

Untuk rekod, Azmin menjawat jawatan Menteri Besar Selangor dari 2014 hingga 2018 dan menjadi Adun Bukit Antarabangsa sejak 2008. – HMetro

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top