Azmin Dicemuh Penyokong Lawan di Membakut

azmin.jpg
Kongsi Bersama

MEMBAKUT: Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dicemuh dan cuba diusir oleh sekumpulan penyokong, yang dipercayai dari PKR, sebaik sahaja mereka menyedari kehadirannya di Serambi Membakut semasa penamaan calon pagi semalam.

“Kami tidak mau penyamun, kami tidak mahu pembelot,” cemuh mereka.

Mohamed Azmin hadir di situ pagi ini bagi memberi sokongan kepada calon Bersatu sempena hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu terus dipersalahkan oleh PKR sebagai punca perpecahan parti itu. Di kalangan penyokong Pakatan Harapan (PH) pula beliau disifatkan pengkhianat kerana merupakan salah seorang yang terbabit dalam ‘Langkah Sheraton’ yang membawa kepada tumbangnya kerajaan PH.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top