Azizulhasni Raih Perak Untuk Malaysia

azizulhasni.jpg
Kongsi Bersama

KILAUAN pingat yang diharapkan akhirnya menjelma menerusi jaguh trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dalam acara keirin lelaki yang berlangsung di Velodrum Izu Tokyo sebentar tadi.

Dalam saingan akhir, Azizulhasni menamatkan perlumbaan di tempat kedua untuk membawa pulang pingat perak.

Tampil sebagai satu-satunya wakil Asia, anak kelahiran Dungun itu terpaksa akur di tangan pelumba Great Britain, Jason Kenny, yang meraih emas.

Beliau bagaimanapun berjaya mengatasi juara dunia dari Belanda, Harrie Lavreysen, yang membawa pulang pingat gangsa.

Ia merupakan pingat kedua dan terakhir Malaysia untuk edisi Olimpik kali ini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top