Azizah saran Wanita GRS tingkatkan gerak kerja, jangan leka

wanita-GRS.jpg

Azizah (duduk, tiga dari kiri) pada Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua-ketua Wanita Komponen GRS dan Pengerusi Zon-Zon di Kota Kinabalu.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diminta supaya tidak selesa dengan pencapaian masa kini sebaliknya terus meningkatkan gerak kerja berkhidmat kepada rakyat.

Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun berkata, jentera parti khususnya Wanita GRS tidak boleh leka, sebaliknya terus mengukuhkan perpaduan sebagai satu pasukan dalam perjuangan parti.

“Kita kena terus bekerja kuat, perkukuhkan perpaduan, bersatu hati dalam komponen GRS dan elakkan perselisihan faham serta perpecahan dalam kalangan kita.

“Sebab itu, peranan dan tanggungjawab wanita GRS amat penting dan cukup besar sekarang. Jentera parti GRS amat memerlukan wanita untuk menyampaikan mesej dan perjuangan GRS kepada rakyat di peringkat akar umbi di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Wanita GRS dan Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua-ketua Wanita Komponen GRS dan Pengerusi Zon-Zon di Kota Kinabalu, kelmarin.

Mengulas lanjut, Azizah berkata dengan kerjasama erat yang ditunjukkan oleh semua wanita komponen parti GRS insya Allah akan terus menjadi satu pasukan yang kuat.

Tambahnya jentera pilihan raya perlu mengetahui bahawa pengundi muda masa kini akan menjadi ‘game changer’ kepada parti politik.

“Kita perlu berusaha merancang sebaik mungkin cara dan kaedah untuk mendekati serta memastikan mereka selari dengan hala tuju GRS itu sendiri.

“Peranan wanita amat penting dan mereka boleh menentukan siapa kerajaan dan siapa wakil rakyat kerana pengundi wanita di Sabah tidak kurang daripada 50 peratus.

“Peranan dan tanggungjawab wanita GRS amat penting dan cukup besar. Jentera parti GRS amat memerlukan wanita untuk menyampaikan mesej dan perjuangan GRS kepada rakyat di peringkat akar umbi di negeri ini,” katanya.

Tambahnya, Wanita GRS merupakan tonggak kepada kekuatan parti yang mendokong kerajaan pada hari ini, bersama rakan-rakan daripada parti lain.

Justeru katanya, pergerakan wanita parti komponen dalam GRS perlu terus meningkatkan persefahaman dan perpaduan yang sedia terjalin utuh agar dapat menjadi satu pasukan yang kuat dalam perjuangan demi aspirasi rakyat Sabah.

Turut hadir Timbalan Pengerusi GRS, Datin Malianah Ugau (PBS); Datuk Flovia Ng (STAR); Noraiza Md Noor (SAPP); Puan Sri Diana Datuk Y Diego (USNO); Norazian Dumit (PHRS); Glenna Wong (LDP), Penolong Bendahari Wanita GRS, Datuk Surinam Sadikun; Ketua Penerangan Wanita GRS, Vyonne Yong; Naib Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat (Gagasan Rakyat), Aziah Atoh, Setiausaha Kerja Fariza Jimmy serta Pengerusi-pengerusi Zon.

 

Berita asal: Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top