KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan disebut-sebut bakal dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat dalam tempoh terdekat.
Walau bagaimanapun kedudukan speaker, Datuk Azhar Azizan Harun dipercayai tidak tergugat,
Utusan Online hari ini melaporkan bahawa menurut sumber, pelantikan Ahmad ke kerusi timbalan speaker pada dasarnya telah dipersetujui oleh parti-parti yang bergabung dalam Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).
Selain mewakili kawasan Parlimen Pontian, Ahmad adalah Setiausaha Agung UMNO Malaysia.
Sidang Dewan Rakyat dijadualkan bermula pada 13 September ini.
Komen