Azalina Cadang ‘Kerajaan Darurat Sementara’ Libatkan Semua Parti

AzalinaOthman.jpg
Kongsi Bersama

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman Said mencadangkan Dewan Rakyat kembali bersidang kerana ia “satu-satunya cara untuk Malaysia maju ke depan” dalam menangani Covid-19.

Bagaimanapun, bagi mengelakkan “drama yang tidak diingin”, anggota parlimen pengerang mencadangkan tiada usul undi tidak percaya didengar sehingga pandemik berjaya dikawal dan imuniti kelompok mencapai tahap 50 peratus.

“…tiada pilihan raya umum patut diadakan, sebaliknya kerajaan darurat sementara dengan kabinet darurat harus dibentuk, dengan wakil-wakil daripada seluruh parti politik,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Pengerang itu turut menggariskan beberapa prosedur operasi standard (SOP) bagi parlimen yang beliau harapkan mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen.
“Minimakan risiko COVID-19: Memastikan semua petugas Parlimen divaksinasi termasuk kesemua ahli parlimen dan senator. Kategorikan petugas parlimen sebagai petugas barisan hadapan kerana mereka menjaga sistem demokrasi negara,” katanya.

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top