Ayuh Terus Bersama Majukan Sabah – KM

hajiji2.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor mengajak masyarakat Cina untuk berganding bahu dengan Kerajaan Negeri bagi membangunkan negeri dan memastikan kejayaan pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Dua tahun kebelakangan ini memang sukar bagi kita kerana pandemik Covid-19 tetapi kita harus menerimanya dengan tabah.

“Semoga Tahun Harimau akan menjadikan negeri kita terus maju dan rakyat hidup aman dan harmoni,” katanya dalam perutusan Tahun Baharu Cina yang disiarkan di RTM.

Hajiji mengulangi bahawa Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan sentiasa menyokong dan menggalakkan masyarakat Cina di negeri ini untuk menganjurkan aktiviti kebudayaan, termasuk sambutan Tahun Baharu Cina.

Tahun Baharu Cina juga disambut bersama oleh rakyat dari kaum dan agama lain di Sabah, ciri unik negeri ini dan model terbaik untuk konsep Keluarga Malaysia, katanya.

Ketua Menteri turut menasihati orang ramai di negeri ini supaya terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengelak penularan wabak Covid-19 di masa perayaan ini.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri dan keluarga saya, saya mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada masyarakat Cina,” katanya.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top