‘Ayahanda Rani Kulup’ Umum Bertanding di Port Dickson

rani-kulup.jpg
Kongsi Bersama

PORT DICKSON: Aktivis, Abdul Rani Kulup Abdullah atau lebih dikenali ‘Ayahanda Rani Kulup’ mengesahkan bakal mempertaruhkan nasib di kerusi Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Dia yang berusia 67 tahun itu berkata, kemunculan sulungnya itu dibuat selepas lebih 20 tahun berjuang membawa suara rakyat melalui platform pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ujarnya, beliau akan bertanding atas tiket Parti Barisan Penyatuan Nasional (BPN).

Rani dijangka berdepan saingan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mewakili Pakatan Harapan (PH) selain pelakon dan pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nazri mewakili Gerakan Tanah Air (GTA).

“Ayah hendak bertanding ni untuk rakyat, masyarakat di Port Dickson ini angkat ayah, undi ayah, campak Ayah ke Parlimen untuk mendapatkan kuasa membantu rakyat, asnaf, orang susah yang susah hendak berjumpa dengan orang-orang yang boleh menyelesaikan masaah mereka,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Mengulas lanjut katanya, keputusannya untuk bertanding di Port Dickson juga adalah kerana hasratnya untuk menyelesaikan isu veteran tentera.

Katanya, ia kerana difahamkan terdapat kira-kira 80 peratus veteran tentera berada di Port Dickson.

Malah katanya, beliau juga telah berkhidmat dalam tentera selama 22 tahun sehingga tahun 1995 dengan jawatan terakhir sebagai Sarjan Mejar Rejimen di Kementerian Pertahanan.

Untuk rekod, kerusi Parlimen Port Dickson sebelum ini dimenangi oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Dickson menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu dengan 31,016 undi dan majoriti sebanyak 23,560 undi.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top