AWCL: Sabah, APF seri di Likas

AWCL-Sabah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: SABAH FA memulakan kempen peringkat kelayakan Liga Juara-Juara Wanita Asia (AWCL) dengan keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang APF FC dari Nepal dalam perlawanan Kumpulan C di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam tadi.

Pada babak pertama, kedua-dua pasukan menunjukkan permainan yang seimbang dan masing-masing berusaha untuk melakukan serangan tetapi tidak berjaya menghasilkan gol.

APF FC hampir menjaringkan gol pertama pada minit ke-11, apabila rembatan kuat penyerangnya, Preeti Rai, dari luar kotak penalti terkena palang walaupun sudah melepasi penjaga gol Sabah FA, Nurul Azurin Mazlan.

Memasuki babak kedua, Sabah FA yang dikendalikan oleh Justin Ganai bermain dengan lebih baik dan beberapa kali mencipta peluang bahaya tetapi gagal menembusi penjaga gol APF FC, Anjila Tumbapo Subba.

Pada minit ke-74, palang sekali lagi menyelamatkan Sabah FA daripada menerima gol apabila rembatan kuat penyerang gantian APF FC, Amisha Karki, di dalam kotak penalti terkena palang, dan keputusan tanpa jaringan kekal sehingga tamat perlawanan.

Perlawanan terakhir Kumpulan C pada hari Sabtu ini akan menyaksikan Sabah FA menentang PFC Nasaf dari Uzbekistan.

Dalam perlawanan pertama pada Isnin lalu, PFC Nasaf, yang kini mendahului kumpulan, telah mengalahkan APF FC dengan jaringan 1-0.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top