Awas! Aplikasi Palsu Curi Nombor TAC

TAC-Scammer.jpg
Kongsi Bersama

Pengguna perbankan dalam talian diingatkan supaya berjaga-jaga dengan aplikasi telefon bimbit yang meniru perkhidmatan sahih, kerana dikhuatiri mengintip nombor kod pengesahan transaksi (TAC) daripada “inbox” pesanan ringkas pengguna, kata agensi keselamatan siber pada Khamis.

Aplikasi palsu itu dimuat turun apabila pengguna memuat turunnya di luar penyedia aplikasi rasmi telefon bimbit, kata Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT).

Kes terbaru melibatkan perisian hasad Android yang mampu membaca semua pesanan ringkas dalam telefon, termasuk nombor TAC, seterusnya melakukan transaksi perbankan internet, kata agensi itu.

“Beberapa laman web palsu yang meniru perkhidmatan pembersihan dan kedai haiwan kesayangan popular Malaysia dicipta oleh penipu untuk memperdaya mangsa lalu mencuri butiran peribadi serta perbankan.

“Kami ingin mengingatkan pelanggan supaya berhati-hati dengan penipuan seperti itu, dan sentiasa berjaga-jaga,” kata MyCERT menerusi hantaran Maybank di Facebook semalam.

MyCERT mengingatkan pengguna supaya tidak menekan pautan mencurigakan yang dihantar menerusi SMS, WhatsApp atau Messenger, selain memuatkan antivirus dalam telefon bimbit masing-masing.

Sumber: FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top