Awang Syairin Sesuai Jadi Regu Saya – Ahli Parlimen Kimanis

alamin.jpeg

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin, menyeru pengundi Bongawan memilih calon Barisan Nasional, Awang Syairin Awang Bakar, kerana beliau perlukan “rakan seperjuangan” di peringkat negeri.

Ketua Umno Kimanis itu berkata sukar sekiranya kerajaan negeri dan persekutuan tidak sehaluan, mendakwa kerajaan Warisan tidak dapat menyampaikan apa-apa kepada rakyat Bongawan dalam tempoh 26 bulan memerintah.

“Sebab itu kita mesti pastikan kerajaan negeri sehaluan dengan kerajaan persekutuan supaya pembangunan lebih mudah.

“Awang Syairin adalah orangnya yang boleh bekerja dengan saya,” katanya di ceramah di Bongawan hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top