Awang Ahmad Sah Bendahari, Azis Ketua Penerangan

awang-ahmad-n-azis.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Warisan mengumumkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Petagas Datuk Awang Ahmad Sah Sahari sebagai Bendahari Agung, manakala Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mohd Azis Jamman selaku Ketua Penerangan parti berkenaan.

Setiausaha Agungnya Datuk Loretto Padua Jr dalam kenyataan malam tadi berkata sebelum ini Awang Ahmad merupakan Ketua Penerangan manakala Azis pula Ketua Wira Warisan.

“Azis memutuskan tidak bertanding pada pemilihan parti Ogos lepas bagi memberi ruang kepada muka baharu untuk menerajui Wira Warisan.

“Langkah itu diambil untuk meremajakan parti agar pelapis dalam kalangan orang muda dapat dilahirkan melalui Warisan,” menurut kenyataan itu.

Bendahari Agung Warisan sebelum ini Terrence Siambun menang tanpa bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti itu.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top