Awam Dan Swasta Disaran Tubuh J/kuasa Pencegahan Dadah Di Tempat Kerja

IMG-20211109-WA0040.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU : Jawatankuasa pencegahan dadah di tempat kerja perlu ditubuhkan bagi memastikan kakitangan lebih peka dan mempungai kesedaran tentang penyalahgunaan dadah.

Demikian saran Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya ketika berucap merasmikan Program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) Peringkat Negeri Sabah Tahun 2021 di Kota Kinabalu tengah hari tadi.

“Saya menyarankan majikan untuk mengambil inisiatif dengan menubuhkan jawatankuasa pencegahan dadah di tempat kerja masing-masing.

“Ini bagi membantu majikan dan kakitangan sama-sama memahami bahaya dan kesan penyalahgunaan dadah.

“Pelaksanaan ujian air kencing secara berkala juga perlu diusahakan bagi memastikan majikan dan pekerja sentiasa berada dalam keadaan sihat dan bebas dadah,” kata beliau.

Menurutnya, penyalahgunaan dadah di tempat kerja akan membantutkan kecemerlangan sesebuah organisasi atau syarikat.

“Latihan dan program pencegahan penyalahgunaan dadah di pejabat seperti program gaya hidup sihat perlu dilakukan bagi mewujudkan komuniti bebas dadah sekali gus meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.

“Ini selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk meningkatkan produktiviti dan seterusnya membantu meningkatkan sumber ekonomi Negeri Sabah,” jelasnya.

Sebagai rekod, Program TEKAD merupakan satu usaha pencegahan penyalahgunaan dadah di sektor kerjaan mahupun swasta anjur Agensi Antidadah Kebangsaan yang bernaung di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Sabah.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top