Awak-awak Terjun Laut, Tinggalkan 1,680 Tin Bir Tanpa Cukai

rampas-bir.jpg
Kongsi Bersama

Seorang awak-awak yang disyaki membawa bir seludup sanggup terjun ke dalam laut untuk mengelak ditahan pihak berkuasa, berhampiran Labuan semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan Nudin Jusoh berkata kejadian berlaku ketika pegawainya yang membuat rondaan di kawasan laut melihat suspek pada jam 1 pagi.

Katanya, ketika APMM menghampiri bot itu lelaki berkenaan tiba-tiba mengemudi pantas ke arah darat sebelum terjun ke dalam laut untuk melarikan diri dengan meninggalkan bot dipenuhi berkotak-kotak bir yang ditutup kanvas.

“Pemeriksaan mendapati suspek membawa 1,680 tin yang tidak dibayar duti,” katanya ketika dihubungi.

Bir dianggarkan bernilai RM40,000 itu dipercayai untuk dihantar ke peniaga di Sabah. – Berita Sabah


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top