Atur UMNO Sabah bekerjasama dengan GRS: Apa ‘locus standi’ Zulkarnain Mahdar, tanya Jeffrey Nor

jeffrey-nor-zulkarnain.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar tidak mempunyai ‘locus standi’ untuk mengatur gerak kerja UMNO Sabah bagi menghadapi Pilhan Raya Negeri (PRN17) akan datang.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffrey Nor Mohamed berkata, beliau ingin mendapatkan penjelasan siapakah pemimpin atasan dimaksudkan Zulkarnain kononnya sudah berbincang mengenai kerjasama ini.

Katanya, jika benar adakah ‘Zukarnain’ lebih berhak mengetahui terlebih dahulu tentang gabungan ini berbanding kepimpinan UMNO Sabah.

“Secara logiknya Parti Warisan (WARISAN) juga kini bersama-sama memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan kenapa tidak disebut untuk bekerjasama menghadapi PRN Sabah.

“Bagi saya sudah-sudahlah Zulkarnain Mahdar memberi cadangan, gambaran serta saranan yang tidak masuk akal ini. Kerana sudah tentu kami dipimpinan UMNO Sabah mempunyai perancangan strategi politik tersendiri untuk menghadapi PRN Sabah kelak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi G57 Datuk Zulkarnain Mahdar agar UMNO Sabah bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menghadapi PRN Sabah ke-17 dijangka tahun depan.

Jeffrey Nor merupakan Ketua UMNO Bahagian Putatan berkata, tidak perlulah nyatakan bahawa kerjasama UMNO Sabah dengan GRS boleh memberikan terbaik untuk mengatasi masalah rakyat di Sabah.

Berita asal: Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top