‘Atuk’ Dari Sabah Menang Jackpot RM17.5 Juta

jackpot.jpg
Kongsi Bersama

KUCHING: Sebanyak RM22.9 juta jackpot Sports Toto telah berjaya dimenangi oleh dua pemenang dari Sabah dan Kuala Lumpur masing-masing pada 15 dan 28 Nov lalu.

Dalam satu kenyataan oleh Sports Toto, pemenang bertuah pertama dari Sabah memenangi RM17.5 juta Toto 4D Jackpot 1 dengan tiket Lucky Pick.

Pemenang berusia 71 tahun, yang merupakan ahli perniagaan, memberitahu Sports Toto bahawa kemenangan itu adalah kejutan yang tidak dijangka lebih-lebih lagi ketika melalui saat-saat mencabar akibat pandemik Covid-19.

“Saya dan isteri mula bermain loteri 20 tahun yang lalu tetapi kami bukan peminat tegar, jadi kami hanya bertaruh ketika kami merasa ada tuah dan bernasib baik.

“Isteri saya adalah pembawa tuah saya kerana dialah yang menyuruh saya membeli tiket Lucky Pick pada hari itu,” katanya.

Ahli perniagaan itu berkata, dia mengetahui berita hebat pada hari berikutnya ketika memeriksa keputusan undian melalui telefonnya.

“Kami telah memutuskan untuk menggunakan sebahagian dari kemenangan untuk membantu orang-orang Sabah yang terjejas dengan Covid-19 dengan menderma kepada kumpulan amal dan barisan depan yang telah bekerja tanpa penat lelah untuk menjaga keselamatan kita,” tambahnya.

Tuahnya datang melalui tiket System 8 Lucky Pick yang memenangi RM17,534,807.75 dengan pasangan nombor kemenangan – 6624 dan 2293, serta tambahan RM2,016.

Pemenang bertuah kedua, yang merupakan ahli perniagaan dari Kuala Lumpur, memenangi Toto 4D Jackpot 1 bernilai RM5.3 juta pada 28 November.

Wanita berusia 53 tahun itu berkata bahawa pasangan nombor kemenangannya, 5056 dan 3421, adalah nombor bertuahnya yang selalu dia pertaruhkan.

“Saya tidak bertaruh secara berkala sebab itulah saya berasa sangat bertuah kerana dapat memenangi jackpot,” katanya, sambil menambah bahawa dia akan menyimpan wang kemenangan itu untuk kegunaan pada masa-masa sukar.

Dia membeli tiket System 5 yang memenangi RM5,342,174.90 dan tambahan RM1,008.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top