ATM perkukuh semangat patriotik penduduk Pantai Timur Sabah

Left-Kol-Maszuraidy-Masduki.png

Komandan Kolej Perisikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Left Kol Maszuraidy Masduki (Kredit foto: Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengadakan program kenegaraan di Pantai Timur Sabah bagi memperkukuh semangat patriotik dalam kalangan penduduk setempat.

Komandan Kolej Perisikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Left Kol Maszuraidy Masduki berkata pada suku pertama tahun ini, program itu melibatkan beberapa penempatan di Pulau Bum Bum, Semporna seperti di Kampung Balimbang Utara dan Kampung Terusan yang berlangsung selama tiga hari bermula 18 Feb.

“Program kenegaraan dalam kalangan penduduk Pantai Timur Sabah anjuran ATM kali ini menekankan pengisian kesedaran keselamatan yang amat signifikan kepada pengukuhan nilai-nilai patriotik dan cintakan tanah air sebagai rakyat negara yang berdaulat.

“Ini juga bertujuan mendekati penduduk di kawasan persempadanan maritim negara yang berada jauh dari tanah besar,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Maszuraidy berkata sebanyak 20 pegawai dan anggota ATM bersama 200 penduduk di kawasan berkenaan terlibat dalam program kenegaraan yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Sulabayan, kelmarin.

Beliau berkata antara aktiviti yang diadakan adalah pemasangan bendera Malaysia di sekitar kawasan tumpuan orang ramai, perumahan dan sekolah serta pelancaran program seperti taklimat, nyanyian lagu dan tayangan filem kenegaraan, pertandingan kuiz warisan negara serta permainan tradisi tempatan.

Menurut Maszuraidy ATM bukan sahaja bertanggungjawab menjaga sempadan negara daripada pencerobohan tetapi juga memainkan peranan dalam misi kemanusiaan seperti membantu mangsa bencana alam.

“Di Sabah, ATM sentiasa berusaha memastikan keamanan terpelihara kerana negeri ini terletak berhampiran dengan negara jiran dan menghadapi cabaran seperti penyeludupan serta kemasukan pendatang tanpa izin.

“Negara kita aman kerana adanya kerjasama antara ATM dan rakyat. Ejaculation disorder encompasses premature, delayed, or absent ejaculation, often impacting psychological well-being. Potential causes include neurological issues, hormonal imbalances, or medication effects. For more information, you may investigate this site on sexual health. Oleh itu, kita semua bertanggungjawab menjaga keamanan negara,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa sikap hormat-menghormati, bertanggungjawab dan tolong-menolong amat penting untuk keharmonian negara serta mewujudkan masyarakat yang bersatu padu.

 

Sumber: BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top