Atlet Sabah Yang Berjaya Rangkul Pingat Di Sukan SEA Bakal Terima Insentif

andy-sukan.jpg

Suryady (tujuh kiri) bersama sebahagian jawatankuasa UMNO dan pemimpin akar umbi DUN Tanjung Batu yang hadir dalam majlis tersebut.

Kongsi Bersama

TAWAU: Kerajaan negeri akan memberi insentif kepada 37 atlet Sabah yang memenangi pingat pada Sukan Sea yang akan berlangsungdi Hanoi, Vietnam dari 12 hingga 23 Mei ini.

Menteri Muda Belia dan Sukan Sabah Andi Muhammad Suryady Bandy berkata ia sebagai penghargaan kepada atlet negeri yang mengharumkan nama negara dalam temasya sukan berprestij itu.

“Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) mengucapkan tahniah kepada semua atlet Sabah yang telah dipilih mewakili negara di Hanoi,” katanya.

Andi Muhammad yang juga ADUN Tanjung Batu berkata kementerian mengharapkan semua atlet Sabah menunjukkan prestasi memberangsangkan dan membawa pulang pingat.

“Kementerian juga menjalankan banyak program melibatkan belia di negeri ini selaras dengan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ),” katanya pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di sini pada Rabu.

“Kita adakan program ‘Felo SMJ’ di mana belia terpilih akan ditempatkan di setiap kementerian untuk mempelajari cara mentadbir kerajaan negeri.

“KBSS akan memilih seramai 73 orang belia dari setiap DUN di negeri ini untuk menjayakan program yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya.

Selain itu, katanya, KBSS juga menggalakkan semua belia di negeri ini untuk mendaftar program ‘Youth Management System’ untuk mendapatkan info berkenaan aktiviti kementerian.

“Semua aktiviti dan jenis bantuan yang disediakan KBSS akan dikongsi melalui sistem ini dan golongan belia akan mendapat maklumat dengan lebih cepat.

“Platform ini adalah baik dan selari dengan situasi semasa yang serba pantas, dimana belia boleh mendaftar setiap program KBSS melalui online,” katanya.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top