Atlet-atlet Muay Thai Sabah Harumkan Nama Negeri, Negara

miaythai.jpg

(Kiri ke Kanan) Yan Jia Chi, Myra Arina, Muhammadin, Cyrille Dhillon, Dazaisy Hafiy, Ir Hj Nazri, Mardiana, Thien Zhi Cheng, Dariss Muzzamiel

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pasukan Duo Maemuay Lelaki dan Perempuan Sabah yang mewakili Malaysia memenangi pingat emas Kategori Terbuka, Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022 yang dianjurkan di Sunway Pyramid Convention Center, Selangor Malaysia.

Dibimbing oleh jurulatih Mardiana Maulana, Duo Lelaki Seni Maemuay Sabah diwakili oleh Thien Zhi Cheng dan Dariss Muzzamiel Mahadi berjaya menumpas pasukan Duo dari Filipina di peringkat akhir dengan markah 8.35 di mana pasukan Filipina mendapat markah 8.17 seterusnya menobatkan Duo Lelaki Sabah sebagai pemenang pingat emas di peringkat akhir.

Manakala Duo Wanita Seni Maemuay Sabah mewakili Malaysia juga cemerlang dengan markah 8.35 menumpaskan Pasukan Duo mewakili Persekutuan Muay Thai Antarabangsa (IFMA).

Dengan markah 8.21 seterusnya menobatkan pasukan Malaysia diwakili oleh atlet Sabah, Myra Arina Roslan dan Yan Jia Chi sebagai pemenang pingat emas dan juara untuk kategori Maemuay Terbuka Wanita.

Untuk Kategori Kombat pula, Dazaisy Hafiy Aznee berasal dari Sandakan di bawah bimbingan jurulatih Muhammadin Jainudin memenangi Kategori Remaja 8-9 Tahun 27kg selepas menumpas lawan dari Arab Saudi dengan markah 30-27 seterusnya menobatkanya sebagai Juara Remaja Dunia untuk kategori itu.

Untuk Kejuaraan Grand Slam Terbuka Dunia, Jesevelle Myora Jerry berasal dari Papar, dan di bawah bimbingan jurulatih Rozaimy Ahad juga memenangi kategori 12-13 tahun, 40kg.

Ketua Jurulatih Muay Thai Negeri Sabah, Cyrille Dhillon Tahing berkata, dengan kemenangan ini menunjukkan Persatuan Muay Thai Negeri Sabah juga mempunyai atlet yang setanding dan bertaraf dunia.

“Prestasi atlet-atlet yang menang sangat membanggakan dan mengharumkan nama negara dan Sabah,” katanya. – Warta Oriental

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top