ATB 2 Gagalkan Cubaan Seludup Rokok Bernilai RM410,200 Di Tawau

rampas-rokok.jpg
Kongsi Bersama

TAWAU: Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) mematahkan cubaan menyeludup masuk 3,420 karton rokok tidak bercukai bernilai RM410,200.00 dalam Op Benteng Bersama di Kampung Sri Aman, di sini, malam Khamis lalu.

Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata pasukan tindak balas pantas atau Quick Reaction Force (QRF) membuat tinjauan dan pengesanan ke atas

dua buah van jenis Toyata Hiace yang berada dalam keadaan mencurigakan di kampung berkenaan kira-kira 9 malam.

Katanya, kenderaan terbabit dipercayai digunakan untuk membawa rokok seludup dari Indonesia ke Tawau dan telah ditinggalkan setelah penyeludup menyedari kehadiran pasukan QRF.

Menurut Abdul Karim, pasukan QRF membawa kenderaan itu bersama kesemua muatannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Tawau, jam 3 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati 3,420 karton rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM 410,200.00,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Abdul Karim berkata dua buah van jenis Toyota Hiace yang dianggarkan bernilai RM 216,00.00, turut dirampas.

Nilai keseluruhan rampasan adalah RM 626,200.00.

Katanya, kesemua barang rampasan termasuk kenderaan diserahkan kepada IPD Tawau untuk tindakan lanjut.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top