Asyraf Wajdi Tidak Pertahan Jawatan Ketua Pemuda UMNO

asyraf.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki mengumumkan keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatan disandangnya pada pemilihan parti yang akan diadakan nanti.

Pengumuman itu dibuat dalam ucapan penggulungannya di Perhimpunan Agung Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Asyraf Wajdi berkata langkah tersebut diambil sebagai mengambil tanggungjawab penuh atas kegagalan BN menarik sokongan pengundi muda dalam pilihan raya umum (PRU) lalu.

“Saya boleh menyatakan secara terus terang seperti saudara Shahril (Hamdan), saya mohon maaf atas kesilapan saya, kegagalan saya memimpin anda semua.

“Saya ambil keputusan untuk tidak lagi mempertahankan jawatan saya,” katanya.

Asyraf Wajdi berkata dia telah menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan sebagai ketua Pemuda Umno lebih awal, iaitu pada malam BN tewas pada Nov tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, hasrat itu dihalang Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga perdana menteri.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top