Astro AWANI Terus Unggul Sebagai Jenama Berita Paling Dipercayai – Reuters Institute

brand-trust-chart.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Astro AWANI Network Sdn Bhd terus mengekalkan reputasinya sebagai jenama berita paling dipercayai di negara ini.

Berdasarkan Laporan Berita Digital Institut Reuters 2022 dan University Oxford, Astro AWANI menduduki tangga pertama dengan 64 peratus, diikuti The Star, Malaysiakini, Sinar Harian, dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Bagi capaian luar talian dan dalam talian secara mingguan, Astro AWANI turut unggul di tangga kedua, masing-masing kategori TV, radio, dan media cetak; dan juga dalam talian (online).

“Suratkhabar nasional dan vernakular sering kali dikaitkan dengan parti politik daripada segi pemilikan dan tahap kecenderungan editorial.

“Bagaimanapun digitalisasi telah mengakibatkan perubahan ketara terhadap medium tersebut.

“Suratkhabar yang dahulu gah sebagai sumber berita utama rakyat kini menduduki tangga terbawah di kalangan jenama berita yang dipercayai.

“Astro AWANI dan Malaysiakini kekal pada dua tangga teratas kerana mereka neutral, tetapi masih mengekalkan pemberitaan kritikal terhadap pentadbiran dahulu dan kini,” menurut laporan itu lagi.

Dalam pada itu, Reuters Institute berkata, portal berita dalam talian dan media sosial terus menjadi sumber berita utama di negara ini.

Media cetak terus mencatatkan trend penurunan, daripada 45 peratus pada tahun 2017 kepada 17 peratus untuk tahun 2022.

Trend akses berita menggunakan telefon pintar juga agak mengejutkan kerana ia turut menunjukkan penurunan sebanyak tujuh mata peratusan, iaitu kepada 78 peratus tahun ini.

Sementara itu, Reuters Institute berkata, Facebook dan Whatsapp terus menjadi medium utama penyebaran berita dalam kategori sosial, mesej dan e-mel, diikuti Youtube, Instagram, Twitter, dan Telegram.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top