Asrama, Kampus Antara Tiga Keutamaan Pengerusi UMS

dahlan-Ums1-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang baru dilantik, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan meletakkan isu asrama dan kampus sebagai salah satu daripada tiga keutamaannya.

“Adalah menjadi harapan saya bahawa majoriti pelajar UMS dapat tinggal di kampus dan bukannya tinggal di luar,” kata Abdul Rahman di laman Facebooknya.

“Ini untuk memastikan mereka mendapat pengalaman dan menikmati budaya kehidupan dalam kampus dan dekat dengan segala kemudahan dan sumber pendidikan,” tambahnya.

Abdul Rahman selanjutnya memberitahu bahawa beliau akan memastikan pembinaan Hospital UMS akan berjalan dengan lancar.

“Hospital UMS akan menjadi tempat kelahiran para doktor perubatan masa depan dan juga akan menyediakan perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia kepada masyarakat,” katanya.

Seperkara lagi yang menjadi keutamaan beliau adalah berusaha menambah punca pendapatan universiti itu selaras dengan kuasa autonomi yang telah diturunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi kepada universiti-universiti awam Malaysia.

Beliau turut menzahirkan harapan agar UMS akan terus menjadi penyumbang kepada pembangunan Sabah dan Malaysia secara keseluruhan.

Abdul Rahman sebelum itu telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri merangkap Pro-Canselor UMS, Datuk Seri Hajiji Noor.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top