Aspirasi Parti Tempatan Bersatu Dapat Direalisasikan – Liew

Liew-Yun-Fah.jpg

Tan Sri Liew Yun Fah

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) yakin dengan adanya gabungan bersama enam parti lain iaitu Gagasan Rakyat, PBS, STAR, USNO, SAPP dan LDP dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), aspirasi parti tempatan bersatu ke arah Sabah Maju Jaya dapat direalisasikan.

Presiden Harapan Rakyat, Tan Sri Liew Yun Fah berkata demikian dalam menzahirkan ucapan terima kasih dan bangga kerana menjadi sebahagian daripada Keluarga GRS.

Menurut beliau, sejak awal lagi Harapan Rakyat mengambil pendekatan mesra dan menyokong Kerajaan atas dasar bersama ke arah memajukan Sabah.

Fokus utama Harapan Rakyat adalah bergerak di kawasan timur Sabah meliputi Tawau, Kalabakan, Kunak, Semporna, Lahad Datuk dan Sandakan.

Dalam hal ini, hala tuju Harapan Rakyat cukup jelas selari dengan GRS, kerana Harapan Rakyat mahu kekal fokus dengan pembangunan negeri, bersifat kendiri dan tidak ‘terikat’ dengan campur tangan politik luar.

Harapan Rakyat yakin dengan adanya gabungan bersama enam parti lain iaitu Gagasan Rakyat, PBS, STAR, USNO, SAPP dan LDP, kita dapat merealisasikan aspirasi parti tempatan seterusnya bersatu ke arah Sabah Maju Jaya.m,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau turut menzahirkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Haji Noor, Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun dan barisan kepimpinan GRS, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili, Datuk Seri Dr.Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Yong Teck Lee dan Tan Sri Pandikar Amin Mulia. – Warta Oriental

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top