Arus Deras Akibatkan Jambatan Runtuh Di Kampung Mohimboyon

jambatan-roboh.jpg
Kongsi Bersama

RANAU: Arus deras air sungai menyebabkan sebuah jambatan yang menjadi laluan utama penduduk Kampung Mohimboyon, di sini, runtuh, petang Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 5.05 petang.

Katanya sepasukan bomba dari BBP Ranau dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 13 kilometer dari balai.

“Kejadian melibatkan jambatan yang menjadi laluan utama penduduk di Kampung Mohimboyon telah runtuh akibat air deras sungai.

“Pasukan bomba bertindak membuat pemeriksaan dan pemantauan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sumber: Borneo Today

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top