Artikel Fitnah: Pemuda LDP Lapor Polis, SKMM

LDP-repot.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Pergerakan Pemuda Parti Liberal Demokratik (LDP) Pusat Sim Fui membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), berhubung dengan artikel yang disiarkan mengenai dakwaan Tan Sri Chong Kah Kiat menerima rasuah, didalam laman sosial yang disifatkannya sebagai mempunyai unsur fitnah.

“Pengarang yang terlibat menyebarkan artikel dalam bahasa Cina, Melayu, Inggeris di media sosial dan aplikasi WhatsApp memfitnah bekas Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Kehormat Seumur Hidup LDP Tan Sri Chong Kah Kiat. Perbuatan ini amat hina,” katanya.

Sim menyatakan, beliau curiga dengan motif individu yang menulis artikel palsu terbabit terutama ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) hampir tiba dan usaha ini memberikan gambaran palsu dan mengelirukan rakyat Sabah.

Tegasnya, perbuatan seperti ini memberikan maklumat palsu dengan tujuan memfitnah serta menjejaskan reputasi orang lain boleh dikenakan tindakan undang-undang dan dijatuhkan hukuman yang setimpal.

“Seperti yang kita ketahui, setiap rakyat Malaysia mempunyai hak dan kebebasan bersuara. Tetapi di negara ini, fitnah boleh dibahagikan kepada kesalahan sivil dan jenayah. Bagi kesalahan sivil adalah dibawah peruntukan Akta Fitnah 1957 sementara kesalahan jenayah mengikut Seksyen 499 dan 502 Kanun Keseksaan.

Jelasnya, penyebaran khabar angin atau hasutan adalah melanggar undang-undang dan sebagai seorang dewasa dan matang haruslah mengetahui apa yang tidak boleh dilakukan.

“Orang bijak tidak akan membicarakan khabar angin, terutama pada zaman ini kita dibanjiri maklumat. Kita harus mencari kebenaran fakta, sumber, memerhati dengan teliti dan membuat pertimbangan serius,” katanya.-Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top