Armizan Sah Tidak Sertai Parti Gagasan Rakyat Sabah, Tetapi Kekal Ahli Langsung GRS

armizan-1-1.jpg

Gambar fail

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali mengesahkan tidak menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), lapor Astro Awani.

Menurut laporan itu, Ahli Parlimen Papar itu sebaliknya akan kekal sebagai ahli langsung Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Kami (empat Ahli Parlimen) tidak menyertai parti itu (Gagasan Rakyat) kerana undang-undang tidak membenarkan (Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663)).

“Kami akan kekal sebagai ahli langsung GRS sebagaimana sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15),” katanya.

Selain Armizan, tiga lagi Ahli Dewan Rakyat yang kekal sebagai ahli langsung GRS ialah Datuk Matbali Musah (Sipitang); Khairul Firdaus Akhbar Khan (Batu Sapi) dan Datuk Jonathan Yassin (Ranau).

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top