Armizan pangku tugas Allahyarham Salahuddin

armizan.jpg

Datuk Armizan (gambar fail)

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan pelantikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang baharu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, selepas selesai Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.

Perdana Menteri berkata, ketika ini Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali diarahkan untuk memangku tugas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup buat sementara waktu.

Anwar mahu mengambil sedikit masa untuk memilih pengganti Salahuddin berikutan tugasan dan hal ehwal di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dilihat tidak terjejas ketika ini, namun tidak akan mengambil tempoh terlalu lama.

“Belum (pelantikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup), biar lepas PRN. Kemudian bagi masa saya fikir.

“Sementara ini Armizan diberikan tanggungjawab memantau dan menjalankan tugas dan Fuziah (Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh) pun dah faham betul (tugasan di KPDN), jadi boleh jalan.

“Saya bincang nampak tidak ada gangguan (urusan kementerian). Saya minta juga Armizan tumpu agak lebih sikit di kementerian dan Fuziah akan bantu.

“Ketua Setiausaha KPDN juga ada. Saya fikir boleh. Saya tidak fikir terlalu lama (melantik menteri yang baharu),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2023 di sini, pada Ahad.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top