Armada Bersatu Sabah Bantu Mangsa Banjir Di Daerah Tenom

Armada-bantu-tenom.jpg
Kongsi Bersama

TENOM: Armada Bersatu Sabah menyampaikan pelbagai jenis barangan bantuan kepada mangsa banjir di daerah ini bagi meringankan beban yang dihadapi oleh mereka.

Antara barangan yang disalurkan ialah 500 kotak air mineral, 500 pampers untuk bayi dan orang tua serta 500 pek susu pelbagai jenis.

Manakala Naib Ketua Armada Bersatu Negeri yang juga Ketua Armada Keningau, Rafie Robert serta Ahli Jawatankuasanya telah menyumbangkan air mineral, bahan makanan berupa biskut, penutup hidung dan mulut, cecair pembasmi kuman serta pakaian terpakai.

Sementara itu, Exco Armada Bersatu Pusat, Johainizamshah Johari dan Ketua Biro Ekonomi Armada Negeri, Muhammad Affan Jumahat telah menyumbangkan sebanyak tujuh bundle pakaian terpakai dan air mineral kepada mangsa banjir.

Rombongan tersebut telah diketuai oleh Rafie dan turut dihadiri oleh Johainizamshah serta Affan (Naib Ketua Armada Kudat) yang juga mewakili Ketua Armada Bersatu Negeri, Fairuz Renddan.

Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.36 Kemabong, Datuk Rubin Balang dan Ketua Armada Bersatu Bahagian Tenom, Riduan Rubin.

Rafie ketika ditemui media berharap dengan bantuan yang disampaikan itu dapat meringankan beban mangsa banjir di daerah ini.

Beliau turut menyeru kepada orang ramai agar dapat menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir ke Pusat Urus Setia Pejabat Daerah Tenom untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir.

Katanya, antara barang yang diperlukan oleh mangsa banjir ketika ini ialah air mineral, beras, barangan makanan, pampers, tuala peribadi wanita dan keperluan harian yang lain.

Ini kerana katanya, rata-rata masyarakat di daerah itu telah terjejas akibat banjir dan bantuan barangan yang mencukupi untuk keperluan mereka adalah sangat diperlukan.-Pr/BNN


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top