Ariffin Tinjau Tanah Runtuh Di Masjid Al Falah

arifin.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd.Arifin Mohd Arif telah melawat dan meninjau Masjid Al Falah Kepayan, semalam.

Beliau turut meninjau keadaan hakisan dan tanah runtuh di lereng bukit jalan menuju ke masjid itu.

Arifin diiringi oleh Pengerusi Masjid Al-Falah Kepayan, Haji Abdul Malex Chua, penaung masjid, Tan Sri Datuk Khalil Jamalul, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Datuk Saifulzaman Sangul, Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah. Ir. Haji Ali Ahmad Hamid dan pegawai Majlis Agama Islam Sabah (MUIS).

Bercakap kepada pemberita, Arifin berkata pihak JKR akan segera membersihkan tanah runtuh  yang berlaku di lereng bukit jalan menuju ke masjid itu.

Katanya untuk jangka panjang, pihaknya akan mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Negeri untuk mengukuhkan struktur masjid dan membina tebatan lereng bukit.

Menurutnya, pihak JKR menganggarkan sebanyak RM2 juta diperlukan untuk membina tebatan lereng bukit di sekeliling tapak bangunan masjid itu.

Mengenai perancangan masa hadapan Masjid Al Falah, Arifin berkata, Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid perlu merujuk kepada MUIS dan JHEAINS selaku tuan punya masjid dan tanah tersebut.

“MUIS dan JHEAINS mempunyai bidang kuasa terhadap masjid, surau, sekolah agama negeri seluruh Sabah. Justeru AJK Masjid perlu mendapat persetujuan daripada MUIS dan JHEAINS  yang akan membuat penilaian sebelum sesuatu perancangan dapat diteruskan.

“Saya berharap Masjid Al Falah menjadi contoh dan tauladan kepada masjid-masjid lain dalam bidang pengimarahan”, tegasnya.

Masjid Al-Falah Kepayan adalah masjid kariah yang berjaya dibangunkan dalam daerah Penampang. Pembinaannya telah disiapkan pada pertengahan tahun 2017 dan mampu menampung seramai 1,000 jemaah.

Sementara itu Arifin memaklumkan, Pusat Zakat Sabah dan MUIS telah bertuju memberi bantuan khas tambahan “one off” sebanyak RM100 kepada 9,600 penerima bantuan bulanan (asnaf fakir) yang melibatkan peruntukan RM960 ribu.

Selain itu,  bantuan dana sebanyak RM1.3 juta juga diberikan kepada pihak hospital yang memerlukan bantuan segera bagi menangani pandemik COVID-19.

“Kita juga memberikan bantuan “one off” sebanyak RM500 kepada pekerja-pekerja yang menyelenggara jenazah,” tegasnya.-pr/BNN

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top