Arab Saudi Dipelawa Melabur Di SOGIP Sabah

DARD-n-Arab.jpg

Datuk Abdul Rahman Dahlan bersama Menteri Pelaburan Arab Saudi, Khalid Al Falih dalam pertemuandi Riyadh, baru-baru ini. (Kredit foto: FB Dato’ Abdul Rahman Dahlan)

Kongsi Bersama

TUARAN: Pelabur Arab Saudi dipelawa membuat pelaburan di negara ini, khususnya dalam industri minyak dan gas yang ada di Sabah.

Pengerusi Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP), Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata pelaburan dari Arab Saudi itu penting untuk masa depan negara ini.

“Saya berpeluang menemui Menteri Pelaburan Arab Saudi, Khalid Al Falih ketika mengikuti lawatan di Riyadh, baru-baru ini dan berbincang banyak perkara berkaitan masa depan kedua-dua negara.

“Khalid dipertanggungjawabkan oleh Raja Salman sebagai seorang menteri utama dalam merealisasikan Visi 2030 Arab Saudi.

“Dalam pertemuan itu, saya maklumkan kepada pemimpin itu mengenai peluang besar untuk pelabur Arab Saudi ceburi di Sabah, termasuk di kawasan SOGIP yang saya pengerusikan,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Beliau berkata, Khalid adalah sahabat lamanya yang peramah, berpengalaman dan berpandangan jauh terhadap hubungan pemimpin kedua-dua negara dikenali ketika menjadi menteri Persekutuan lalu.

Selain itu, katanya, peluang pelaburan dan perniagaan juga terbuka luas kepada syarikat Malaysia melebarkan sayap perniagaan mereka di Arab Saudi.

Abdul Rahman berkata, menerusi kewujudan projek infra baharu seperti The Line, NEOM City, lapangan terbang, pelabuhan dan sistem pengangkutan darat, syarikat Malaysia yang berpengalaman boleh mengambil peluang itu di Arab Saudi.

Katanya, perbincangan di Riyadh itu turut berkisar mengenai hubungan dua hala dan pembabitan Malaysia sebagai ahli dan pemegang saham Islamic Development Bank (IsDB).

“IsDB fokus kepada pembangunan infra, pendidikan, sektor kesihatan, bantuan kemanusiaan dan pembangunan wanita, perempuan remaja dan matlamat pembangunan mampan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap hubungan erat kedua-dua negara yang terjalin sejak sekian lama kekal dan sentiasa terpelihara demi masa depan bersama. – BHarian

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top