APMM Tahan Dua Lelaki, Rampas 910 KG Minyak Masak Di Tawau

Pengarah-Zon-Maritim-Tawau-Kapten-Maritim-Shahrizan-Raman.jpg

Kapten Maritim Shahrizan Raman

Kongsi Bersama

TAWAU : Tindakan sebuah bot kargo membawa 901 kilogram minyak masak jenama Ibu melebihi kuota membawa kepada rampasan dan penahanan dua lelaki oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Tawaukelmarin.

Pengarah Zon Maritim Tawau Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata pihaknya, yang menjalankan Op Khas Pagar Laut, telah menahan bot itu yang turut membawa pelbagai barangan runcit pada 7.20 malam selepas didapati bergerak perlahan dan dalam keadaan mencurigakan dari Tawau ke Pulau Sebatik.

“Pemeriksaan ke atas bot yang ditahan 1.4 batu nautika selatan Pelabuhan Tawau itu menemukan juragan serta pembantu bot masing-masing berumur 31 dan 45 tahun, pemeriksaan seterusnya mendapati bot ini membawa 901 kilogram minyak masak 1 kilogram di dalam 53 kotak yang disembunyikan di bawah timbunan barang-barang runcit… pemeriksaan dokumentasi mendapati lesen kebenaran membawa minyak hanya terhad kepada 500 kilogram bagi setiap penghantaran,” menurutnya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata susulan itu, semua barang lebihan dan bot bernilai kira-kira RM50,000 dirampas manakala kedua-dua lelaki dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya APMM turut memperkasa tugas penguatkuasaan terutama pada musim perayaan dan berharap komuniti maritim di Tawau memberi kerjasama untuk melapor atau menyalurkan sebarang maklumat salah laku jenayah di laut dengan menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-752116 atau Mers 999.

Shahrizan juga berkata Zon Maritim Tawau merekodkan 17 tangkapan atas pelbagai kesalahan sejak Januari lepas hingga semalam. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top