APMM Gagalkan Cubaan Seludup 8,000 Liter Petrol ke Negara Jiran

seludup.jpg

EMPAT lelaki ditahan dan rampas 8,000 liter petrol bersubsidi yang cuba diseludup keluar ke negara jiran. FOTO ihsan APMM

Kongsi Bersama

LAHAD DATU: Cubaan empat lelaki menyeludup keluar 8,000 liter petrol di Jeti Pangkalan Nelayan Silam Kem di sini, semalam gagal selepas dikesan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Ketika kejadian 3.30 pagi itu, semua suspek berusia 20 hingga 70 tahun dikesan sedang melakukan kerja-kerja pemindahan minyak dari lori ke sebuah bot kargo.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Nik Mohd Rizam Nik Mohd Fauzi berkata, operasi dijalankan hasil maklumat awam dan bot peronda APMM Lahad Datu diatur gerak ke lokasi bersama pasukan darat untuk serbuan.

“Hasil serbuan berjaya menahan tiga lelaki tempatan bersama seorang warga asing dari Filipina.

“Semua suspek didapati memindahkan minyak ke bot kargo dipercayai untuk diseludup ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Nik Mohd Rizam berkata, suspek juga tiada dokumen kebenaran lengkap untuk bot itu membawa petrol.

“Kita menyita sebuah bot kargo bersama sebuah lori yang membawa 40 tong drum minyak dengan nilai keseluruhan berjumlah RM286,400,” katanya yang memberitahu siasatan lanjut dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penyeludupan dan aduan supaya menyalurkannya kepada Zon Maritim Lahad Datu yang beroperasi 24 jam di talian 089-885727 atau MERS 999. – HMetro

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top