APM Sabah terima 40 set kenderaan lancarkan operasi, hadapi situasi memerlukan

APMM-Sabah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah menerima 40 aset kenderaan yang diagihkan kepada APM daerah di seluruh negeri bagi melancarkan operasi agensi itu dan meningkatkan kesiapsagaan agensi itu menghadapi situasi memerlukan di negeri ini .

Pengarah Bahagian Pengurusan APM, Dr Mohammad Fazil menyerahkan kunci untuk kenderaan tersebut kepada Timbalan Pengarah APM Sabah Lt Kol (PA) Nasrullah Mohd Nazdzir di majlis di Rumah Persekutuan, di sini semalam.

APM Sabah, dalam kenyataan, memaklumkan aset yang diserahkan itu terdiri 32 unit motosikal, lima unit kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70, lima unit SUV Perodua Ativa, dan sebuah bas coaster.

“Dengan penerimaan aset ini akan dapat membantu APM Sabah untuk memberikan perkhidmatan dan kesedaran awam kepada penduduk dengan lebih efisyen.

“Keberadaan aset ini juga adalah tepat dan bersesuaian dengan mengambil kira penambahan kerja dan peningkatan kes di daerah-daerah, juga sebagai kesiapsiagaan APM dalam menghadapi pelbagai situasi yang memerlukan,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top