KOTA MARUDU: Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Marudu berhasil menangkap dua ekor ular sawa pada kelmarindan hari ini setelah mendapat laporan dari penduduk kampung yang ternampak reptilia berkenaan.
Kes kelmarin melibatkan 3 orang Anggota Sukarelawan Tugas Operasi (ASTO) diketuai KPL (PA) Simon Matungu yang berjaya menangkap seekor ular sawa seberat 12kg berukuran lebih 3.65 meter panjang.
Hari ini pula, Ketua Operasi ASTO yang diketuai oleh KPL (PA) Rolex Ampo digerakkan lagi apabila menerima panggilan kecemasan dari seorang penduduk Kg.Tambun.
Beliau diiringi dua anggota iaitu Pbt. (PA) Talip Yayah dan Pbt.(PA) Holdey Raimin bergegas ke lokasi dan berjaya menumpaskan seekor ular sawa batik sepanjang 4.8 meter dengan berat timbangan 15 kg.
Sebarang kes kecemasan bagi kawasan Kota Marudu dan yang berdekatan, bolehlah menghubungi talian 999 atau Pusat kawalan Operasi (APM) Daerah Kota Marudu di talian 088-661656.
Laporan: Sam SG Media Group